Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Pastikan UMNO terus relevan

TELOK KEMANG  - Setiap ahli UMNO perlu menjadikan sindrom ‘selesa’ dan ‘terpukul’ sebagai iktibar ke arah mengukuhkan serta memastikan parti terus relevan di hati rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua sindrom tersebut wajar menjadi pedoman dan pengajaran sebagai persediaan memperkasakan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang akan datang.

”Dua sindrom itu berlaku pada pilihan raya umum 2004 dan 2008. Ia bermula dengan sindrom selesa iaitu apabila sampai satu tahap, kita menjadi terlalu yakin dan merasa diri kita kuat. Ketika itu kita mula rasa kita pemimpin terbaik dan sempurna.

”Pada masa itu, nasihat sudah tidak didengar, pandangan ditolak dan mula timbul hasad dengki, tamak , ‘cah keting’ dan cantas mencantas antara satu sama lain. Dalam sindrom itu juga, kita mula menghindarkan keperluan anak buah dan rakyat serta kita mula berpeluk tubuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Telok Kemang 2012, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Jelas Ahmad Zahid, sindrom selesa yang menghantui parti kemudian telah mengakibatkan parti dilanda sindrom terpukul pada Pilihan Raya Umum Ke-12 2008.

”Orang ramai mengatakan negara dilanda tsunami politik, tetapi bagi saya ia sebenarnya adalah sindrom terpukul yang berpunca daripada sindrom selesa.

”Sindrom terpukul itu telah mengakibatkan kita hilang negeri seperti Kedah, Perak, Selangor, dan Pulau Pinang kepada pembangkang dan negeri ini juga nyaris-nyaris kalah,” ujarnya.

Beliau menambah, sindrom terpukul juga telah melemahkan semangat ahli parti, kurang berkeyakinan selain ada yang malu untuk mengaku sebagi ahli parti.

”Sebab itu, saya ingin menasihatkan setiap ahli di setiap peringkat termasuk parti komponen menjadikan sindrom tersebut sebagai pengajaran agar mereka mengenepikan sindrom selesa dan terpukul dalam usaha kita membirukan semua kerusi yang kita tewas sebelum ini,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, inisiatif itu selari dengan perjuangan dan transformasi yang dilaungkan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>