Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Honda Future pertaruhan baru

Boon Siew Honda Sdn Bhd kini mempertaruhkan motosikal moped, Honda Future yang kini mendapat perhatian di pasaran tempatan. Menerusi pengenalan jentera roda dua berkenaan, Boon Siew Honda Sdn Bhd mensasarkan untuk terus kekal sebagai jenama nombor satu dengan memperkenalkan model baru, Honda Future.

Antara ciri-ciri unggul jentera itu ialah menawarkan perjalanan jarak jauh sehingga 338 kilometer (100 kilometer lebih jauh berbanding Wave 125 X Ultimo) dengan sekali isian petrol hasil sumbangan tangki minyak seluas 5.6 liter. Selain itu Honda Future turut memperkenalkan ruang simpanan barang sebesar 19 liter yang mampu memuatkan sebuah helmet ‘full face’ dan barangan peribadi di bawah tempat duduk.

Keutamaan lain yang diberi perhatian termasuklah tempat letak bateri bahagian sisi bagi memudahkan penyelenggaraan, akses pintar pembukaan tempat duduk dan juga peningkatan tahap keselamatan automatik. Boleh didapati dalam tiga varian berbeza, Honda Future 125cc serba baharu ditawarkan pada harga antara RM5,578 sehingga RM5,998 seunit, Honda Future dijangka dapat meningkatkan populariti Honda sebagaimana
yang dibuktikan jenteranya sebelum ini, Honda EX-5.

Pengarah Urusan Boon Siew Honda Sdn Bhd, Satoshi Okada berkata di sebalik trend perkembangan transmisi automatik, moped tetap menjadi asas kepada perniagaan motosikal di Malaysia.

“Permintaan pengguna mungkin telah beralih dengan lebih banyak yang memberi tumpuan kepada nilai estetika, tetapi asas keselamatan dan keselesaan ketika tunggangan juga berubah selama beberapa dekad ini. Sebab itulah kami percaya Future sesuai untuk pengguna-pengguna muda dan tua dengan penampilan yang bergaya, kecekapan bahan api dan juga ciri-ciri praktikal tersedia.

Tahun lalu, Boon Siew Honda menguasai 44 peratus pasaran dan menerusi pelancaran Honda ‘Future’, Honda mengunjurkan perkembangan pasaran dengan sasaran 3,500 unit sebulan,” katanya.Reka bentuk keseluruhan Honda Future disesuaikan mengikut pelbagai saiz pengguna.

Selain lebih perbatuan, Honda Future turut memberikan keselesaan melalui tempat duduk yang lebih lebar dan ergonomik selaras dengan fungsinya sebagai moped jarak jauh. Selain itu, acuan reka
bentuk bahagian depan yang menghapuskan penggunaan skru dapat mengurangkan bunyi getaran dari penutup depan.

Penggunaan lampu belakang LED Berpadu dapat memastikan pencahayaan yang lebih galak pada sebarang keadaan cuaca. Reka bentuk canggih meter laju bermuka jernih dan juga lampu isyarat dan kabus bergaya menjadi penampilan unik dan meningkatkan tahap ketampakan pada waktu malam.

Bergantung kepada permintaan, Honda Future menawarkan tiga varian pilihan kepada pengguna iaitu penghidup enjin elektrik, roda jejari dan brek cakera depan serta roda sporty bersama penghidup enjin elektrik
dan brek cakera depan. Varian ketiga pula menggabungkan penghidup enjin elektrik, roda sporty dan brek cakera depan dan belakang.

Ketiga-tiga varian didatangkan dengan tiga pilihan warna – Jingga Merjan Metalik, Hitam Mutiara Magelanik dan Merah Euforia Metalik. Berdasarkan penyelidikan ECE40 MODE, penggunaan bahan api Honda Future
menawarkan kecekapan bahan api sehingga 60.3km seliter, peningkatan sebanyak 0.5km untuk setiap liter berbanding dengan Wave 125 X Ultimo.

Dengan peningkatan pembakaran bahan api yang lebih baik, ia menghasilkan pembakaran yang bersih mematuhi standard Euro 2 dan motosikal mesra alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>