Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

KEMEWAHAN KEBAYA, Semilir Cinta Busana Tradisional

Walaupun kita sering disogok dengan keindahan busana moden, namun busana tradisi khususnya kebaya masih lagi menjadi pilihan kebanyakan pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka. Melangkah megah ke atas singgahsana penuh bangga umpama puteri kraton. Kebaya sudah sekian lama menjadi kebanggan rumpun melayu, ayuh kita kenali kebaya yang indah andai disarung pada hari kebanggaan anda.

Sejak kebelakangan ini semakin ramai pengantin yang memilih untuk menjadikan kebaya sebagai persalinan mereka pada hari perkahwinan. Hadir dalam pelbagai jenis fabrik, kebaya yang sememangnya dikenali sejak turun temurun telah mengalami satu evolusi yang mana selari dengan arus kemodenan dan kepesatan industri fesyen tanah air, ramai pereka fesyen yang mengangkat kebaya ke satu tahap yang lebih tinggi agar mampu untuk bersaing dengan busana-busana yang beraspirasikan barat.

Sebagai contoh, di Malaysia pereka Rizalman Ibrahim acap kali menzahirkan kebaya melalui karya beliau. Melihat ilham dari negara Indonesia pula, pereka fesyen Anne Avantie yang berkarya dan bernafas dalam roh kebaya mengadaptasi rekaan busana tradisi ini sehingga mata terpana dan terpegun melihat keindahan kebaya.

APA ITU KEBAYA PENGANTIN?

Seperti yang sudah dinyatakan, para pereka fesyen banyak memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kebaya pengantin. Merekalah yang menciptakan kebaya pengantin agar kelihatan lebih moden, mewah dan elegan. Rekaan dan juga gaya bentuk yang inovatif, penuh dengan inspirasi pembaharuan seperti rekaan meleret menampakkan ciri-ciri gaun moden kontemporari barat.

Reka letak dan perincian moden dipandang sebagai satu perkara penting dalam penghasilan kebaya pengantin. Rekaan seperti potongan puff pada bahu kebaya, garis leher kebaya ala Victoria, garis leher yang tidak simetri dan juga rekaan lengan ala gaya Obi-Jepun ialah contoh suntikan kelainan pada kebaya pengantin. Labuh kebaya pengantin juga berbeza daripada kebayakebaya biasa, kebiasaannya labuh kebaya pengantin melepasi paras lutut dan juga buku lali.

Perincian kebaya pengantin juga berbeza dengan kebaya biasa, perincian pada kebaya pengantin diberi penekanan dalam gaya sulaman dan juga tampalan batu-batuan perhiasan seper ti Swarovski. Perincian seperti inilah yang menyuntik nilai-nilai artistik terhadap busana tersebut. Oleh itu masa yang diambil untuk membuat kebaya pengantin boleh memakan masa sehingga dua atau tiga bulan bagi satu-satu rekaan dan untuk mereka bentuk perincian yang dikehendaki.

PADANAN TERBAIK KEBAYA

Keindahan kebaya itu diiringi dengan padanan kain yang dipakai oleh sang pengantin. Kebiasaannya kebaya yang penuh dengan perincian batu-batuan mahupun sulaman akan dipadankan dengan kain seperti kain batik, songket, sutera, sifon ataupun satin. Kain kebaya kini telah diolah kepada pelbagai jenis rekaan mengikut kesesuaian dan juga cita rasa si pemakai. Antara rekaan popular yang menjadi padanan terbaik buat kebaya ialah kain potongan ‘A-line’ dan juga potongan duyung.

KEBAYA & BENTUK BADAN

Kebaya boleh dipakai sesiapa sahaja namun pemilihan kebaya haruslah berpandukan bentuk tubuh yang dimiliki. Bagi wanita yang memiliki bahu lebar anda disarankan untuk memilih kebaya yang menutup hujung bahu tetapi jatuhan leher yang berbentuk V. Perincian pula harus dikurangkan di bahagian dada dan lebihkan perincian di bahagian pinggul, ini mampu menyeimbangkan bentuk tubuh agar kelihatan sempurna.

Bagi bakal pengantin yang memiliki tubuh berisi pula, anda disarankan untuk memilih kebaya yang memiliki potongan serong di bahagian bawah bagi menampakkan ilusi badan yang lebih tinggi. Anda juga boleh memilih kebaya yang memiliki juraian belakang yang lebih panjang berbanding hadapan untuk tampak sedikit langsing.

PERBEZAAN KEBAYA RESEPSI DAN KEBAYA NIKAH

Pemilihan kebaya yang sesuai haruslah berdasarkan majlis yang bakal dilalui, seperti dalam adat agama Islam dan tradisi Melayu, majlis resepsi dan majlis pernikahan diadakan pada hari yang berlainan. Maka sang pengantin akan memilih dua warna yang berbeza berdasarkan majlis.

Kebiasaannya pada majlis pernikahan para pengantin disarankan memilih warna-warna lembut yang mampu mencetuskan aura kedamaian dan kesucian. Antara warna-warna popular pada majlis pernikahan adalah putih, krim dan juga warna-warna pastel. Perincian yang diletakkan pada baju juga lebih ringkas tanpa kelihatan keterlaluan.

Berbeza pula dengan majlis resepsi, helaian yang disarungkan sang pengantin lebih menyerlah daripada segi warna,perincian dan potongannya. Warna-warna yang digunakan lebih garang dan menangkap mata, kebiasaannya warna-warna popular yang gunakan oleh para pengantin ialah warna emas, perak, merah dan juga warna-warna tembaga.

Namun kini, pilihan seperti kain broked yang berkilat juga menjadi pilihan para pengantin. Perincian yang menghiasi kebaya resepsi juga lebih sarat dan menyerlah diiringi dengan rekaan yang sedikit berbeza dan lain daripada kebiasaan kebaya.

4 LANGKAH TAMPIL SEMPURNA BERKEBAYA 

  1. Mendapatkan nasihat daripada pereka fesyen mengenai rekaan, warna dan perincian yang diingini.
  2. Pemilihan bahan yang berkualiti tinggi seperti les, songket dan broked amat penting untuk memastikan kebaya kelihatan terletak pada badan.
  3. Perincian batu-batuan ataupun labuci haruslah yang bermutu tinggi agar seri kilauannya memancar dengan cantik.
  4. Apabila memakai kebaya, adalah penting untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik, tidak kiralah sama ada anda berisi ataupun tidak. Oleh itu pemakaian pakaian dalam atau korset yang sempurna amat penting kerana ia mampu membentuk struktur

One Response to KEMEWAHAN KEBAYA, Semilir Cinta Busana Tradisional

  1. Great post. I used to be checking continuously this weblog and I’m impressed! Extremely useful info specifically the closing part :) I maintain such information a lot. I used to be seeking this particular info for a very long time. Thank you and best of luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>