Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Pemilihan PAS: Mat Sabu Belum Putuskan Pertahan Jawatan

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu belum memutuskan sama ada akan mempertahan jawatan pemimpin nombor dua parti itu pada pemilihan November ini.

Dalam temubual bersama Antarapos, pemimpin bersuara lantang ini berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan tersebut selain mahu melihat perkembangan dalam kalangan anggota parti.

Tambah Mohamad, walaupun kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Parlimen Pendang namun beliau akan terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya akan terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat, soal kedudukan dalam jawatan bergantung pada muktamar akan datang.

“Saya pun belum buat keputusan sama ada nak mempertahankan jawatan, tidak bertanding ataupun bertanding mana-mana jawatan…belum buat keputusan setakat ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.

Pada pemilihan dua tahun lalu, Mohamad yang mesra dengan panggilan ‘Mat Sabu’ dipilih sebagai timbalan presiden PAS dalam perebutan tiga penjuru.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama – iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Tambah Mohamad, pendiriannya berhubung perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi selain berharap perwakilan memainkan peranan untuk memilih barisan kepimpinan yang terbaik.

“Saya belum buat keputusan, tunggulah sebulan lagi…(saya) tengok keadaan dulu.

“Muktamar, pertandingan dan pemilihan sudah jadi perkara biasa dilalui oleh parti. Jadi pada tahun ini pun kita harap ahli dan perwakilan memainkan peranan dan pemilihan yang terbaik dari pandangan mereka untuk memimpin pada masa akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>