Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Speaker DUN Kedah Jelas Kedudukan Azizan Razak… Tak Perlu Pilihanraya Kecil Selagi Sakit

Sejurus selepas pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut baru ini kedengaran ada wartawan dan orang politik yang mengeluh panjang.

Ia gara-gara menduga ada kemungkinan kena turun padang lagi dalam masa terdekat.

Apa lagi kalau bukan cakap-cakap mengenai kemungkinan pilihanraya kecil di kerusi DUN Sungai Limau di daerah Yan,Kedah pula.

Kerusi itu diwakili oleh bekas Menteri Besar Kedah,Tan Sri Azizan Razak.

Beliau menang kerusi DUN itu dengan 13,294 undi menewaskan calon BN Fadzilah Mohd Ali yang dapat 10,520 undi.Dua calon bebas lain Sobri Ahmad dapat 100 undi manakala Abdullah Hashim 84 undi.

Keadaannya yang sakit hingga menyebabkan kedua kakinya terpaksa dipotong baru-baru ini mendorong spekulasi tentang itu.

Beliau masih belum angkat sumpah sebagai ADUN dan mengikut peraturan kebiasaan tempoh akhir ialah tiga bulan selepas sidang DUN pertama yakni pada 23 Jun lalu.

Ini bermakna beliau kena angkat sumpah sebelum 23 September ini.

Bagaimanapun Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Rozai Shafian telah memberi penjelasan kedudukan sebenar Azizan dalam konteks kerusi DUN beliau ketika dihubungi Agendadaily Jumaat.

Beliau menolak cakap-cakap kemungkinan Pilihan raya kecil di kerusi DUN Sungai Limau perlu diadakan hanya kerana Azizan tidak dapat angkat sumpah jawatan sebagai ADUN sebelum 23 September ini.

Katanya walaupun bekas Menteri Besar itu belum angkat sumpah sebagai ADUN selepas mempertahankan kerusi tersebut pada PRU 13, keadaan beliau yang masih sakit mengecualikannya daripada mengangkat sumpah.

Menurut Rozai, tidak menjadi keperluan untuk Azizan mengangkat sumpah sekarang kerana beliau masih menerima rawatan setelah kedua-dua kakinya dipotong akibat komplikasi yang kronik pada 10 Mei lalu.

“Beliau tidak mengangkat sumpah kerana bersebab iaitu sakit. Selagi doktor mengesahkan beliau sakit , Azizan tidak perlu mengangkat sumpah walaupun tempoh tiga bulan tamat 23 September nanti,” katanya.

Katanya pilihan raya kecil hanya boleh diadakan jika Azizan mengosongkan kerusi itu dengan menulis surat kepada Speaker.

Ditanya sampai bila pengecualian terhadap Azizan, Rozai memberitahu, ianya selagi bekas Menteri Besar itu tidak melepaskan jawatan dan beliau disahkan masih sakit.

Baru-baru ini, PRK pertama selepas PRU 13 babitkan kerusi DUN Kuala Besut dan kekal dimenangi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menewaskan calon PAS Azlan Yusof dengan majoriti 2592 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>