Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Keluarga Berpeluang Temui Penghuni Penjara Pada Aidilfitri – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Semua penghuni institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney berpeluang bertemu keluarga masing-masing pada Hari Raya ketiga dan keempat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Penjara turut mengizinkan penghuni yang mempunyai tahap pencapaian kelakuan baik lebih 80 peratus berjumpa secara bersemuka dengan anggota keluarga tanpa kehadiran perantara.

Bagi tahanan ISA di Kamunting, beliau berkata anggota keluarga boleh melawatmereka pada Hari Raya pertama dan kedua.

“Waktu melawat bermula 8.15 pagi hingga 5 petang dengan keutamaan diberi kepada tahanan beragama Islam,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Penjara di Sungai Buloh malam Ahad.

Selain dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad perjumpaan, anggota keluarga tidak dibenar membawa makanan dari luar. -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>