Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Majlis Syura PAS Tak Tahu Makna “Taqiyyah” Syi’ah?

Saya hanya tersenyum sumbing bila mendengar kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Syura PAS, Zaharuddin Mohamad, yang menegaskan bahawa partinya akan memecat mana-mana ahli yang berfahaman Syi’ah.

Katanya, kalau ada bukti yang menunjukkan ahli PAS itu berfahaman Syi’ah, maka PAS tidak akan teragak-agak untuk memecat individu terbabit walau seberapa tinggi pun jawatannya di dalam parti itu.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” – Zaharuddin Mohamad, AJK Majlis Syura PAS, 1 Julai 2013.

Lebih mengejutkan, Zaharuddin mendedahkan tentang seorang pemimpin utama PAS yang telah dipanggil mengadap Majlsi Syura bagi disoal siasat mengenai kecenderungannya menyokong fahaman Syi’ah.

Dia menjelaskan bahawa pemimpin PAS itu telah menandatangani sekeping surat pengakuan yang menjelaskan dia tidak terbabit sama sekali dengan sebarang aktiviti fahaman Syi’ah seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Berdasarkan penjelasan Zaharuddin itu, saya tertanya-tanya tentang pengetahuan seluruh Ahli Majlis Syura PAS tentang fahaman dan corak amalan fahaman Syi’ah. Khabarnya mereka adalah terdiri dari kalangan ulama “hebat” dan tinggi ilmu agamanya.

Tapi, pernahkah mereka dengar dengan istilah “taqiyyah” yang menjadi amalan utama para pengamal fahaman Syi’ah di negara-negara yang tidak mengiktiraf fahaman tersebut?

Hanya berbekalkan “taqiyyah”, mana-mana pengikut Syi’ah boleh mengaku di depan sesiapa pun sebanyak berjuta-juta kali dan menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dengan fahaman yang menghina para sahabat utama Rasulullah SAW itu.

 

Dengan amalan “taqiyyah” juga, para pengikut Syi’ah mampu menandatangani berpuluh-puluh ribu surat pengakuan, kononnya mereka bukan orang Syi’ah!

Nak tahu kenapa? “Taqiyyah” pada pengikut Syi’ah adalah bagaikan “lesen” bagi mereka untuk berbohong dan menyembunyikan pegangan serta fahaman mereka dari pengetahuan mana-mana pihak.

Kononnya, mereka dihalalkan untuk berbohong, berdusta dan melakukan akujanji palsu semata-mata mahu menyelamatkan aqidah Syi’ah mereka dari terbongkar.

Jadi, tidak hairanlah jika “pemimpin utama” PAS itu tidak mengaku berpegang pada fahaman itu dan menandatangani surat sebagaimana yang dijelaskan oleh Zaharuddin itu.

Persoalannya, apakah semua Ahli Majlis Syura PAS itu begitu “bengap” untuk menerima penafian “pemimpin PAS” itu sedangkan sudah terang lagi bersuluh, dia sememangnya menjadikan Ayatollah Khominie sebagai idola dan kagum dengan prinsip ideologi Syi’ah yang dibawa pemimpin Iran itu?

Lebih menimbulkan tanda tanya, mengapa pula Zaharuddin yang hanya berjawatan AJK saja yang memberikan kenyataan mengenai dakwaan wujudnya ramai pengikut Syi’ah di dalam PAS? Mana perginya “boss” dan timbalan “boss” Majlis Syura PAS?

Apakah mereka cuba melarikan diri dari dipersalahkan dalam soal siasatan “bodoh” yang dijalankan terhadap pemimpin PAS yang dikatakan Syi’ah itu?

Atau PAS memang sengaja menyimpan pemimpin Syi’ah itu di dalam parti mereka? Sayang sungguh PAS pada pengikut Syi’ah, kan? Kalau benar PAS tidak berkompromi dengan pengikut Syi’ah, buktikan! Kami bukan tak tahu, belambak ahli PAS yang terlalu mirip dengan pengikut Syi’ah, bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>