Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Cara untuk putihkan kulit wajah dan badan

Berikut merupakan beberapa petua yang ingin dikongsikan bersama. Selamat mencuba

 1. BARLI - Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian..  kalau rajin lah yer, meh cuba petua yang aku kutip kat pokcik google tadi..

 

  • Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Then, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan airmasak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.

  • beginilah ghupenye air barli tuh..memang lagi sedap kalau diminum suam (bagi aku la). kalau rasa diri tu nak putih tapi malas, order jelaa air barli dah alang2 lepak kat kedai makan tu ann :)  perghhh, ayat tak beragak! tuju kat diri sendiri sebenarnya tuuu.

 2. BERAS PULUT - Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

 Cara-Caranya:

1.  Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.

2.  Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.

3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.

4. Bilas badan anda  dengan air mandian.  Amalkannya sekerap yang mungkin.

5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.

3. NENAS –            

  • Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.

 

4- TIMUN - 

  • Isi timun diparut or dihancurkan or apa-apa jelah. Asalkan jangan sebiji terus kau pergi tempek dekat muka kau tu. Apa pulak rupa nya kang!
  • Lepas tuh, campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau. Jangan pulak orange sunquick kau pergi bubuh dekat dalam isi timun ni..hahaha.
  • Then tunggu dia sampai kering lepas tu bolehlah bilas dengan air bersih or air suam.Buat setiap malam kalau nak cepat hasil dia.

5. LOBAK MERAH –         

  • Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.

6. LIMAU NIPIS -            

  • belah limau nipis menjadi 2,gosok pada wajah dan badan…kulit akan menjadi cerah, licin dan harum..( i bet ni yang paling senang macam makan kacang pistachio HAHA)

7. BERAS –                  

  • ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilanhkan jerawat batu dan of course putihkan wajah..

8. BUAH DELIMA -         

  • Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

9. LABU –                            

  • tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati. dgn campurkan puri labu,madu,cuka epal,tepung ubi,1 biji telur.

10. KOPI -                    

  • serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut :)

Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.

4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>