Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Isu dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini memasuki satu lagi episod baharu apabila Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam membuat laporan polis


PETALING JAYA: PKR tidak menafikan mengenai surat yang ditulis oleh bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, Fareez enggan memberikan kesahihan berhubung tulisan yang didakwa wujud penglibatan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan karier anak muda berusia 24 tahun itu.

Surat yang ditulis tangan oleh Fareez itu antaranya mendakwa beliau ‘rapat’ dengan Anwar sehingga menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar mencemburui hubungan mereka.

Surat itu ditulis agar Abdul Hadi mendesak Wan Azizah berundur daripada parti sebelum  pilihan raya umum-13.

“Parti tidak menafikan mengenai surat itu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah Fareez juga tidak mengiyakan perkara itu.

Saya difahamkan Fareez akan memberi penjelasan berhubung perkara ini tidak lama lagi,” ujar sumber kepada FMT.

`Apa guna jadi Presiden’

Surat tiga para yang mengandungi tandatangan Fareez itu juga mendakwa pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya dari sikap negatif kedua-dua beranak tersebut.

“Saya berpendapat hanya Tuan Guru (Abdul Hadi) seorang sahaja, selaku Presiden PAS yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden KEADILAN (PKR) sebelum menjelang PRU13.

“Lagipun Wan Azizah tidak boleh bertanding kawasan parlimen, maka apa gunanya jadi Presiden Keadilan (PKR) jikalau tidak boleh bertanding kawasan parlimen. Ini sesuatu yang amat memalukan Pakatan Rakyat,” kata Fareez dalam sepucuk surat yang disiarkan menerusi laporan Malaysia Today.

Di akhir  surat itu tidak ketinggalan nama Timbalan Presiden, Azmin Ali yang wajar diangkat sebagai pemimpin untuk mengetuai PKR.

Fareez turut mendakwa Azmin sebagai pemimpin lengkap berbanding Wan Azizah yang disifatkan sebagai proksi yang berpura-pura tidak mengetahui pelbagai perkara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>