Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Bertafakur seminit hormati polis terkorban

Kelana Jaya: Tiga perlawanan Liga Super dan enam perlawanan Liga Perdana, hari ini serta tiga perlawanan Liga Super, esok bakal dimulakan dengan semua pemain dan penonton diminta berdiri untuk bertafakur selama seminit bagi menghormati anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, baru-baru ini. 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya, semalam berkata, pelaksanaan itu perlu dibuat semua pasukan tuan rumah sebelum sepak mula perlawanan iaitu selepas berakhirnya lagu Negaraku dimainkan.

Hadiahkan Al-Fatihah

“Pasukan tuan rumah harus memastikan juruhebah perlawanan membuat pengumuman seperti berikut.

“Bagi menghormati wira negara yang gugur di medan pertempuran di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negara, penonton dan hadirin diminta untuk berdiri dan menghadiahkan Al-Fatihah bagi yang beragama Islam serta bertafakur bagi yang bukan beragama Islam selama satu minit,” kata kenyataan FAM itu.

Terdahulu, pada perlawanan Piala AFC menemukan Kelantan dan kelab Maldives, Maziya SCR di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin, kira-kira 10,000 penyokong bertafakur sempena mengenang anggota polis yang terkorban itu sebelum perlawanan bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>