Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Orang Asli selesa bersama BN

HASIM Rusdi (kiri) menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada majlis penyampaian baucer berkenaan di Kampung Tekir, Seremban, baru-baru ini.

Pembangunan holistik yang giat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak hanya tertumpu di bandar semata-mata, malah aspek itu juga turut dirasai masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan Labu.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang kini lebih senang dan selesa dengan menjadikan BN sebagai satu-satunya parti yang boleh bergantung harap untuk membela masyarakat Orang Asli.

Malah, jika diamati keperluan masyarakat Orang Asli di Labu, sebahagian besarnya telah dapat ditunaikan, selain bantuan lain daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

”Masyarakat Orang Asli pun sedar dan realistik dalam semua hal. Dalam 10 perkara yang diingini tidaklah semua kami peroleh tetapi sebahagian besarnya dapat dinikmati dan dirasai, hasil daripada usaha kerajaan BN.

”Jalan raya semuanya berturap, malah dinaik taraf pula, kemudahan balairaya baharu sudah kami terima, bekalan air dan elektrik 24 jam sudah ada dan sepanjang jalan raya di sini sudah terdapat tiang lampu elektrik. Sebab itu kami lebih selesa dengan BN,” kata Tok Batin Orang Asli Kampung Tekir, Sturi Telan.

Malah kata beliau, kerajaan juga turut memberikan kemudahan pendidikan tidak hanya terhad kepada pelajar sekolah, bahkan masyarakat setempat bagi memastikan masalah buta huruf diminimumkan selaras dengan usaha kerajaan dalam merealisasikan pendidikan sepanjang hayat.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Tok Batin Orang Asli Kampung Palebar, Temu Tiot yang melihat usaha BN tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata akan tetapi melibatkan pembangunan insaniah golongan muda masyarakat Orang Asli.

Malah katanya, banyak peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan belia untuk direbut terutamanya dari aspek kemahiran dan hasilnya memperlihatkan ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai kerjaya sendiri.

”Malah, sudah ada mereka yang telah berjaya dan ini membuktikan kerajaan BN menitikberatkan soal modal insan dalam kalangan golongan belia Orang Asli. Sekarang ini peluang sudah sedia terhidang, cuma mahu ambil peluang atau tidak sahaja.

”Pada saya janji BN kepada masyarakat Orang Asli telah ditepati, malah kami jangkakan lebih banyak lagi agenda kerajaan untuk kami dan sememangnya saya tidak ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan sedia ada untuk membela nasib kami,” kata Temu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>