Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Suluk Sabah ikrar taat setia

 Tawau: Masyarakat Suluk di Sabah semalam berikrar taat setia kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri serta mengutuk tindakan kumpulan pengganas yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu.

Suluk Sabah ikrar taat setiaNajib bersalaman dengan pemimpin masyarakat Suluk di Lapangan Terbang Tawau, semalam. – Foto A Samad Manaf

Seramai 60 pemimpin kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Suluk yang mewakili kira-kira 30,000 ahli di negeri ini menyerahkan memorandum taat setia etnik Suluk Sabah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Lapangan Terbang Tawau di sini, semalam.

Memorandum 14 perkara

Jurucakapnya, Datu Raman Datu Ismail, berkata memorandum itu merangkumi 14 perkara berkaitan pendirian mereka dan lapan cadangan etnik Suluk yang cintakan keamanan dan keharmonian di negara ini.

“Masyarakat Suluk Sabah terkilan, terkejut dan sedih dengan insiden pencerobohan terbabit serta menentang keras dakwaan pihak berkenaan (pengganas) yang menuntut negeri ini sebagai wilayah kekuasaan mereka,” katanya.

Menerusi memorandum itu, katanya, etnik Suluk di Sabah juga mendesak kerajaan menyiasat dalang di sebalik insiden terbabit selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mempersendakan pencerobohan berkenaan.

Datu Raman berkata, masyarakat Suluk di Sabah juga amat selesa dengan kenyataan Najib bahawa kerajaan menghargai kesetiaan masyarakat keturunan Suluk yang menentang pencerobohan dan ancaman pengganas Sulu di negeri ini.
“Alhamdulillah, kami hargai maklum balas Perdana Menteri bahawa kerajaan Persekutuan tidak meragui kesetiaan bangsa Suluk di Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Usah pandang serong

“Malah, kami etnik Suluk Sabah berharap suku lain di negeri ini tidak memandang serong terhadap suku ini kerana tidak semua sukakan keganasan,” katanya.

Sementara itu di Lahad Datu, Perdana Menteri meyakinkan masyarakat Suluk supaya tidak gusar mengenai masa depan mereka kerana kerajaan tidak pernah meragui kesetiaan mereka.

Beliau berkata, kerajaan menaruh harapan besar kepada rakyat berbilang kaum, termasuk masyarakat Suluk supaya sentiasa menjadi warga negara yang menghormati undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>