Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Pelancongan berasas ketenteraan akan digilap

Usaha menjadikan bandar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat tidak hanya dilihat sebagai faedah kepada kerajaan negeri tetapi sebagai keuntungan jangka panjang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, kerajaan negeri ingin melihat kawasan pantai peranginan negara itu digilap semula selain menjadikan elemen ketenteraan sebagai salah satu produk pelancongan baru yang dapat menarik pengunjung.

Malah katanya, adalah menjadi harapan bagi kerajaan negeri untuk terus menjalin kerjasama dengan Tentera Darat dalam memberikan impak baharu terhadap industri pelancongan di negeri ini.

“Kita tidak tengok kepada faedah akan tetapi keuntungan kepada negeri ini selepas mendapat persetujuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan dalam menjadikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

“Jika kita lihat penganjuran perarakan Sambutan Hari Tentera Ke-80 yang buat pertama kalinya diadakan di Port Dickson, jumlah kehadiran yang tinggi menunjukkan ia memberikan impak kepada sektor pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perarakan Tentera Darat Sempena Sambutan Hari Tentera Ke-80 di Dataran Pahlawan, di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Mohamad menjelaskan, program yang dilakukan pihak Tentera Darat seperti Berek Stay misalnya turut memberi peluang kepada orang awam merasai pengalaman tinggal di kem tentera.

“Selain itu, Port Dickson juga telah sinonim dengan Tentera Darat kerana di sini bermula banyak sejarah Tentera Darat yang melahirkan ramai perwira tanah air,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>