Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Pakar ke Sabah kenal pasti mayat

 Kuala Lumpur: Kakitangan perubatan tambahan, termasuk pakar forensik sudah ditugaskan ke Sabah bagi membantu pasukan keselamatan negara dalam bedah siasat mayat yang ditemui sepanjang Ops Daulat.

Pakar ke Sabah kenal pasti mayatTiong Lai (dua dari kanan) meletakkan logo MeSTI selepas merasmikan Skim Makanan Sihat Tanggungjawab Industri, di Kuala Lumpur, semalam. – Foto BERNAMA

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pasukan terdiri daripada kakitangan perubatan dan kecemasan serta pakar forensik pergigian akan membantu mengenal pasti identiti mayat sama ada milik pengganas atau pasukan keselamatan negara serta punca kematiannya.

Bantu proses rawatan

“Kita menghantar pakar perubatan kecemasan serta peralatan sejak seminggu lalu di tiga pusat pemindahan perang dan tiga hospital masing-masing di Lahad Datu, Semporna dan Sandakan bagi memastikan anggota keselamatan yang cedera dirawat segera dan sebaik mungkin.

“Aspek perubatan di sana diuruskan pasukan perubatan tentera dan petugas kami hanya berada di sana sebagai menyokong pasukan terbabit,” katanya kepada media selepas melancarkan Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), di sini, semalam.

MeSTI ialah satu skim keselamatan makanan diperkenalkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian, yang membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan sekali gus meningkatkan kedudukan daya saing mereka.

Bekalan darah

Di Kota Kinabalu: Semua tabung darah hospital di pantai timur Sabah, khususnya Lahad Datu kini diberi keutamaan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Pakar Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth (QEH) merangkap Ketua Tabung Darah Sabah, Dr Shahnaz Irwani Sabri, berkata pemantauan sebelum ini dibuat setiap hari di semua hospital, bagaimanapun pada masa kini hospital di pantai timur negeri lebih diberi keutamaan.

“Kita harus memastikan bekalan darah mencukupi di sana (hospital di pantai timur), setakat ini bekalan masih cukup,” katanya ketika ditemui pada program derma darah di Wisma Innoprise, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Shahnaz berkata, orang ramai diminta terus menderma darah secara sukarela kerana ia bukan saja membantu mereka yang memerlukan, malah mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>