Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone
Kuantan: Nelayan sekitar perairan Lahad Datu dan Semporna diminta mematuhi arahan pihak keselamatan dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti tangkapan hasil laut sehingga kawasan berkenaan diisytihar selamat.
“Majoriti penduduk yang tinggal sepanjang kawasan pantai di Lahad Datu dan Semporna mencari rezeki sebagai nelayan dan mengusahakan tanaman rumpai laut.
Tunggu keadaan pulih
“Namun, saya dimaklumkan keadaan di sana semakin terkawal, penduduk tidak perlu bimbang dan kita berharap keadaan pulih semula bagi membolehkan penduduk kembali menjalankan aktiviti mereka,” katanya. selepas menghadiri majlis penyampaian Bantuan Sara Hidup Nelayan dan Penyerahan Lesen Sampan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini, semalam.
Pada majlis itu seramai 967 nelayan di sini menerima bantuan sara hidup RM200 pemberian kerajaan dan tambahan RM100 sumbangan kerajaan negeri manakala 50 daripada mereka menerima lesen sampan.