Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone
Petaling Jaya: Naib Presiden PKR dakwa portal berita olah kenyataan
Ahli Parlimen Batu itu mempertahankan dirinya dengan menegaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO seperti dilaporkan laman berita berkenaan.
Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat” Tian Chua, Naib Presiden PKR
Tidak bertanggungjawab
Tian Chua berkata, beliau tidak bertanggungjawab ke atas olahan penulisan artikel yang dibuat pengarang berita Keadilan Daily sebaliknya hanya bertanggungjawab berhubung beberapa petikan ayat yang dinyatakannya sewaktu dihubungi wartawan portal berkenaan.
“Pada pagi Jumaat lalu, saya dihubungi wartawan terbabit untuk komen mengenai pencerobohan di Lahad Datu ketika ada berita antarabangsa melaporkan berlaku tembakan (Lahad Datu).
“Ketika itu, saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media ‘black-out’ di Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam.
Dakwa konspirasi UMNO
Jumaat lalu, menerusi tajuk laporan “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno-Tian’, Keadilan Daily melaporkan Tian Chua sebagai berkata, kejadian di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Sehubungan itu, pelbagai pihak mengecam dan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua di samping mengingatkan pemimpin kanan PKR terbabit supaya jangan memperkotak-katikkan pengorbanan wira yang menjaga kedaulatan, keselamatan serta keamanan tanah air.
Tian Chua turut mengesahkan pada Isnin lalu beliau menerima surat tuntutan daripada peguam UMNO, Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak supaya memohon maaf kepada parti berkenaan berhubung isu terbabit.
Serah pada peguam
“Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit berkata, Tian Chua tidak ‘serang’ laman berita terbabit sebaliknya sekadar memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan.