Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone
Seremban, 7 Mac : Sebuah lagi syarikat terkemuka dari Jepun, Kayaku Safety Systems (M) Sdn Bhd hari ini, menandatangi pelaburan yang lebih 38 ekar tanah perindustrian di Sendayan Techvalley.
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berkata syarikat itu merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan inflator beg udara berteknologi tinggi dan akan beroperasi di negeri ini dengan membabitkan jumlah pelaburan kira – kira RM240 juta.
“Sehubungan itu, kilang tersebut menawarkan sebanyak 250 peluang pekerjaan bertaraf profesional dan separa profesional untuk diisi terutamnya kepada penduduk di Negeri Sembilan,” katanya pada Majlis Menandatangani Menandatangani Perjanjian Jual-Beli Antara Menteri Besar Incorporation (MBI), BSS Development Sdn. Bhd dan Syarikat Kayaku Safety Systems(M) Sdn. Bhd. di Hotel Royale Bintang, Seremban.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ali bin Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporation, Dato’ Haslah Mohamad Amin, Ketua Pegawai Eksekutif, Matrix Concept Holding Berhad, Dato’ Lee Thian Hock dan Presiden Nippon Kayaku Co Ltd, En.Akira Mandai.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri telah menetapkan objektif untuk menyediakan Sendayan Techvalley sebagai hub automotif di Negeri Sembilan.
“Setakat ini, dua automatif syarikat dari Jepun iaitu Akashi Kikai Industry Sdn Bhd dan Hino Motors Sdn Bhd dan sebuah syarikat dari Perancis telah melabur di Sendayan Techvalley.
“Saya berharap, lebuh bayak lagi syarikat dari Jepun dan negara luar datang melabur ke negeri ini. Kerajaan Negeri Sembilan juga komited untuk menyediakan kemudahan terbaik mugkin kepada pelabur.
“Kerajaan negeri juga akan memastikan syarikat – syarikat yang telah membuat pelaburan dapat memulakan operasi dengan kadar segera dan prosuder birokrasi pada tahap minimum,” katanya.