Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone
KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan senjata kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.
“Kita mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita sudah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita mengadakan kepungan di lautan dan di darat.
Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Februari dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman.
Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit menyerang pihak keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di sebuah perkampungan di Semporna, juga angkara kumpulan penceroboh.
Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.
Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan.
- BERNAMA