Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Tunggu 12 tahun

 Jika penyanyi Azharina, Siti Sarah, Misha Omar, Faradhiya dan Amir Sofarz sudah menempa nama dalam persada seni, situasi amat berbeza dengan personaliti ini sedangkan mereka sama-sama menyertai program Bintang RTM pada 2000. 

Tunggu 12 tahun

Asmidar lancar album sulung selepas hampir putus asa jadi artis

Penghias muka depan HIP hari ini, Asmidar atau nama sebenarnya, Norasmidar Ahmad, 27, terpaksa menunggu 12 tahun mengharung liku menjadi anak seni. Sebaik mengungguli program realiti Vokal Sekadar Rupa musim pertama, barulah dia bolos dalam arena muzik tempatan.

Akui Asmidar ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulung, Kali Pertama di Petaling Jaya, baru-baru ini, dia sudah banyak kali putus asa dalam meneruskan cita-cita menjadi penyanyi. Namun, akhirnya Asmidar tegar dengan sokongan keluarga dan kenalan rapat.

Saya tunggu lama untuk memiliki album sendiri. Melihat kepada perjuangan rakan yang lain, saya tahu, saya agak ke belakang… Mungkin ini adalah rahmat. Saya sedar mungkin agak lambat buat saya yang berusia 27 tahun untuk mempunyai album pertama.

Syukur dapat sokongan

Namun, saya tahu ini ketentuan Tuhan. Saya tetap bersyukur kerana ramai yang menyokong saya terutama pihak media yang ramai datang ke majlis ini. Ini suatu pengalaman yang tak akan saya lupakan, katanya.

Menurut Asmidar, album sulungnya itu dianggap sebungkal durian yang jatuh di atas meja untuk dikongsi bersama peminat.
Album ini juga menceritakan bagaimana perjalanan seni saya selama 12 tahun, katanya yang tak putus-putus mengucapkan terima kasih dan syukur atas apa yang dicapai.

Bekerjasama dengan ramai komposer dan penulis lirik berpengalaman, Asmidar gembira diberi peluang berganding dengan Hang Dimas, Audi Mok, Taja Meet Uncle Hussein, Acap, Omar K, Ana Raffali dan ramai lagi menerusi album sulungnya itu.

Belum ada teman istimewa

Sebuah album yang lebih segar berbanding imejnya sebelum ini, Asmidar mempertaruhkan lagu Kali Pertama, ciptaan Audi Mok dan Omar K sebagai single pertama.

Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan Kategori Wanita 2006 ini juga memuatkan lagu popularnya, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan lima lagu baru seperti Goldilocks, Bila Cinta Ada, Sepenggal Kasih, Sepasang Sudu dan Pesona Cinta.

Album Asmidar sudah dipasarkan dan boleh ditempah di iTunes mulai 19 Mac ini. Selain itu, muzik video untuk Kali Pertama boleh ditonton di laman YouTube, mulai semalam.

Sementara itu, bertanya kisah peribadi gadis ini, Asmidar mengakui suka berkawan tetapi belum mempunyai teman istimewa. Dia berkata, sekarang dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya seni.

Promosi album

Mulai bulan ini, Asmidar bersama Awi Rafael akan mengunjungi institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) untuk mempromosikan album terbaru mereka.

Asmidar juga akan membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH) 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 7 April nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>