Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Selangor boleh guna 3 pemain import saja

Shah Alam: Selangor terpaksa mengharungi baki saingan Piala AFC 2013 bersandarkan tiga pemain import sahaja memandangkan pendaftaran pemain baru hanya dibenarkan apabila saingan memasuki peringkat suku akhir, September depan.

Empat pemain import didaftarkan Selangor untuk Piala AFC 2013 ialah Peter Chrappan, Michal Kubala, Francis Forkey Doe dan Ramez Dayoub, namun hanya tiga daripada mereka diturunkan ketika Selangor tewas 1-0 kepada Kingfisher East Bengal di Kolkata, India, 27 Februari lalu.

Ia berikutan Dayoub, 29, tidak dibenarkan beraksi lagi selepas digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA), 26 Februari lalu kerana dakwaan mengatur perlawanan, sekali gus menyebabkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut terpaksa menggugurkannya terus dalam pendaftaran Liga Super dan diganti serta merta dengan Chrappan, 29.

FAS akur syarat AFC

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kekurangan seorang import itu tidak sesekali menjejaskan persiapan Selangor untuk perlawanan kedua Kumpulan H bertemu kelab Singapura, Tampines Rovers di Stadium Shah Alam, Rabu ini dalam merealisasikan misi ke suku akhir.

Mengikut peraturan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), pendaftaran pemain sudah pun ditutup sebelum perlawanan pertama tempoh hari dan kita terpaksa akur untuk meneruskan baki lima perlawanan kumpulan dan aksi pusingan kedua (jika layak) dengan hanya tiga import, kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>