Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Segarkan mata di spa

MEMILIKI sepasang mata yang cantik adalah anugerah kepada seseorang kerana mata yang bersinar mempunyai tarikan yang tersendiri.

Namun, seiring dengan peningkatan umur selain keadaan persekitaran yang tercemar, menyebabkan wujudnya lingkaran gelap di bawah mata.

Pengurus Gsue Beauty Spa, Maziah Aziz berkata, kesan lingkaran hitam yang terdapat di sekitar bawah mata menjadikan mata nampak layu dan tidak segar.

“Antara faktor wujudnya lingkaran bawah mata adalah waktu tidur yang tidak mencukupi, mengambil makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat, selain persekitaran yang tercemar,” katanya.

Tambahnya, spanya yang beroperasi di, Tok Yem’s Street Mall Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, turut menyediakan rawatan kesegaran mata menggunakan mesin Ultra Sonic.

“Rawatan yang berharga RM35 ini berkesan untuk menghilangkan kesan hitam yang terdapat di bawah mata selain membantu menyegarkan mata.

“Langkah pertama, mata disapu dengan krim khas. Kemudian mata diurut mengikut arah putaran jam menggunakan mesin Ultra Sonic selama 5 minit. Selepas itu, sekitar kawasan mata akan diurut bertujuan menyegarkan mata kembali,” katanya.

Ujarnya lagi, selain menyediakan rawatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, spanya juga menawarkan perkhidmatan pakej berpantang dari rumah ke rumah di sekitar Lembah Klang.

Jika anda inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Gsue Beauty Spa di talian 016-2100914 atau 03-61404214.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>