Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Rumah Demang ‘Raja Kecil

TERLETAK kira-kira 22 kilometer dari Bandar Melaka, pekan Merlimau merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong terutama dari luar negara yang biasanya lebih berminat untuk melihat peninggalan masyarakat terdahulu berbanding warga tempatan.

INDAH pemandangan hadapan Rumah Demang Abdul Ghani.

Antara lokasi tumpuan adalah makam Tun Teja, perigi Tun Teja, perigi Portugis serta beberapa medan ikan bakar berdekatan yang kebanyakannya menjadikan nasi lemak sebagai hidangan utama untuk ‘dipadankan’ dengan ikan bakar segar.

Namun, jika anda berkunjung ke sana, jangan lupa bertanya kepada penduduk tempatan di mana letaknya Rumah Demang Abdul Ghani yang sering juga disebut sebagai ‘Istana Merlimau’.

Jika sudah tahu lokasinya, berkunjunglah. Di situ anda berpeluang meneliti keunikan seni bina rumah tersebut yang masih mengekalkan identiti rumah Melayu Melaka. Namun dalam masa sama turut menyelitkan unsur-unsur seni luar dalam pembinaannya.

Wartawan S2MOHD. RAFIE AZIMI bersama jurugambar, ASWAD YAHYA baru-baru ini berkunjung ke sana serta bertemu waris Demang Abdul Ghani untuk lebih mendalami perihal rumah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>