Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Gaya tudung ala-Turki

PERKEMBANGAN fesyen tudung tidak dinafikan lagi semakin memuncak dalam kalangan rakyat negara ini terutamanya gaya ala-Turki.

Gaya yang menjadi pilihan kebanyakan remaja ini juga mempunyai pelbagai teknik tetapi bergantung kepada jenis dan material tudung untuk dipadankan dalam majlis yang mahu dihadiri.

Kepesatan penggunaan gajet berteknologi tinggi sememangnya digunakan sebaik-baiknya oleh mereka untuk berkongsi pendapat dan juga maklumat berkenaan fesyen tudung terkini.

Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan rata-rata daripada mereka menggunakan laman sosial untuk bersembang ataupun bergosip, malah mereka juga semakin agresif menjalankan perniagaan tudung.

Pelbagai konsep pemakaian mereka cipta dan mereka juga berjaya mencetuskan fenomena dengan melahirkan rekaan-rekaan baharu dengan pelbagai nama menarik dan tersendiri.

Jika diperhatikan, fesyen tudung boleh diibaratkan mempunyai gelombang atau musim tersendiri yang menyebabkan satu-satu jenis tudung itu menjadi ?buruan? setiap gadis yang ingin menonjolkan keayuan masing-masing, di samping menepati tuntutan agama untuk menutup aurat.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengenakan pelbagai konsep, cara dan jenis tudung untuk dipakai dalam setiap majlis berbeza yang pastinya dapat menyerlahkan aura seri wajah serta keanggunan personaliti mereka.

Minggu ini .com sempat singgah di Butik Asylla Designs & myCotton Creations di Wangsa Maju untuk melihat sendiri dan berkongsi bersama pembaca cara mudah mengenakan fesyen tudung ala-Turki atau lebih dikenali dengan Turkish Style. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>