Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

KERUTUK DAGING

Waktu memasak : 40 minit

Saiz hidangan untuk : 5 orang

 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg daging
  • 500ml santan
  • 4 sudu makan kerisik
  • 3 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukupnya
BAHAN REMPAH (DIGILING):
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • ½ sudu teh jintan putih
  • Lada hitam secukupnya
  • 8 biji bunga cengkih
  • 12 biji cili kering
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1cm kulit kayu manis
  • 2.5cm kunyit
  • 2.5cm halia merah
  • 2.5cm lengkuas
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm belacan
BAHAN TUMIS:
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1½cm halia putih
  • 2 batang serai | diketuk
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging dipotong,dibersihkan dan ditoskan
2. Kesemua bahan rempah digoreng tanpa minyak dan digiling sehingga lumat.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang sehingga berbau harum dan kekuningan.
4. Selepas itu masukkan pula rempah yang telah digiling. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan daging dan masak hingga air daging kering dengan api yang sederhana.
6. Masukkan santan,garam,gula melaka,kerisik dan asam keping.
7. Biarkan di atas api sederhana dan masak hingga pekat.
8. Angkat dan hidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>