Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Janji Ahmad Fakri

KEMBARA penyerang muda negara, Ahmad Fakri Saarani bersama kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S. C. sudah bermula.

AHMAD FAKRI (kiri) berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab Divisyen Tiga, Atletico S.C malam tadi.

Bekas penyerang Felda United dan Negeri Sembilan itu berlepas ke Evora, Portugal pukul 10 malam tadi dan dijangka memulakan aksi sulung bersama kelab itu pada 6 Januari depan.

Muncul sebagai pemain kedua negara berkelana ke bumi Portugal selepas Nazmi Faiz Mansor (S.C Beira Mar), Ahmad Fakri, 23, berjanji memberikan yang terbaik sepanjang enam bulan bersama Atletico S.C. selepas ini.

Pada masa sama, pemain kelahiran Kelantan itu juga berjanji menjaga diri dan tidak melupakan asal-usul sepanjang berada di sana kelak.

“Insya-Allah saya akan buktikan. Jangan risau, semua itu (asal-usul dan adab sebagai rakyat Malaysia) tidak akan saya lupa.

“Saya masih berpijak di bumi yang nyata. Insya-Allah,” kata Ahmad Fakri kepada Kosmo! semalam.

Semalam, pengurus peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah dilaporkan berkata, penyerang itu akan menandatangani kontrak selama enam bulan sebaik tiba di Evora bagi mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa secepat mungkin.

Faisal berkata, Ahmad Fakri terlebih dahulu akan singgah di England untuk beberapa hari sebelum berangkat ke Portugal beberapa hari kemudian.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, Atletico memiliki perlawanan pertama pada 6 Januari.

“Jadi, Ahmad Fakri berpeluang cerah untuk diturunkan dalam aksi pertama jika ITC dapat diperoleh segera,” kata Faisal.

Untuk rekod, Ahmad Fakri sebelum ini pernah ditawarkan kontrak yang sama oleh Atletico S.C. melalui ejennya, Marco Guimares pada Ogos lalu tetapi terpaksa ditolak kerana terlibat dengan komitmen Piala Malaysia dan kempen Piala Suzuki AFF.

Dia juga difahamkan pernah mendapat tawaran daripada sebuah kelab divisyen satu di Portugal namun lebih cenderung menyertai Atletico S.C. yang beraksi di divisyen tiga, sekali gus dikatakan memiliki peluang lebih cerah untuk diturunkan pengendali kelab, Paolo Simao.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>