Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Suntik keindahan luar biasa

APABILA berbicara mengenai landskap, terbayang di mata kita keindahan panorama semula jadi yang semestinya dilengkapi dengan kehadiran kolam air berpancuran.

Biar pun elemen ‘wajib’ itu sudah dianggap biasa dan semua sedia maklum kepentingannya, namun perincian dari segi kesesuaian dengan konsep penataan taman wajar diberi perhatian.

  • FotoREKA BENTUK UNIK…panel dinding berpancuran dihasilkan mengikut cita rasa pemilik kediaman.
  • FotoVARIASI…pencahayaan cetuskan aura keindahan luar biasa.
  • FotoINSPIRASI SEMULA JADI…reka bentuk, material dan motif yang menarik diketengahkan.
  • FotoMEMUKAU PANDANGAN…nilai keindahan semula jadi cuba diadatasikan.
  • FotoMENENANGKAN…kekuatan elemen air dan dekoratif panel dinding disatukan.

Ini kerana air berpancuran lebih mengilhamkan latar landskap yang anda inginkan jika reka letak dan pemilihannya diambil kira dari pelbagai aspek.

Dalam menzahirkan ketenangan semula jadi itulah pelbagai kolam air berpancuran ada di pasaran dalam memenuhi cita rasa dan konsep penataan taman.

 
Bagi menginspirasikan kelainan, kehadiran panel dinding yang diserikan dengan alunan atau jatuhan air turut memberikan suasana berbeza.

Tidak terhad di ruang taman semata-mata kerana ia lebih menyerlahkan keistimewaan kerana mudah didekoratifkan pada setiap ruang dalaman yang anda inginkan.

Dinding adalah elemen yang membentuk sebuah ruang. Sementara panel pula antara kemasan yang mengubah dinding tampil menjadi lebih menarik.

Dalam kesinambungan itu, Dream Garden Design antara ruang pameran yang menawarkan pelbagai reka bentuk kolam air berpancuran termasuk panel dinding.

Menurut pemiliknya Hew Hon Yoong, pengalaman lebih 20 tahun terbabit dengan dunia landskap banyak memberikan peluang untuk memahami setiap keperluan penataan taman masyarakat di negara ini.

“Semua tahu keindahan landskap dapat dicetuskan sepenuhnya menerusi reka letak sesuai kolam air berpancuran.

“Tidak kira kediaman jenis apartmen, kondominium, teres atau banglo sekali pun, elemen penting itu,” katanya.

Hew berkata, kepelbagaian cita rasa dan konsep penataan taman atau dekorasi turut mendorong panel dinding berpancuran direka.

“Ada yang memilih untuk menempatkan elemen itu di ruang tamu dan menjadi titik fokal menarik.

“Suasana menonton, bersantai dengan keluarga atau meraikan tetamu lebih memberikan makna,” katanya.

Bukan sekadar menjadi tarikan di ruang itu saja, kerana keunikan panel dinding berpancuran juga mampu menyuntik visual keindahan luar biasa jika berada di bilik tidur atau ruang santai lain.

“Ditambah dengan pilihan kemasan material, motif dan pencahayaan yang sesuai, reka letak panel dinding itu dilihat lebih menarik perhatian,” katanya.

Tanpa perlu sarat dengan dekoratif, ideanya hanya satu apabila kehadirannya sudah cukup menghiburkan halwa telinga dan memukau pandangan.

“Di sudut taman pula, panel dinding berpancuran kian digemari kerana ia melengkapkan fungsi air itu sendiri iaitu sebagai pendingin aktif dalam menyederhanakan kawasan persekitaran dan mengilhamkan kedamaian semula jadi.

“Berbekalkan rimbunan tanaman hijau yang rendang, deruan air berpancuran pada panel dan batu-batuan semula jadi, keindahan taman dizahirkan sepenuhnya,” katanya yang turut dibantu isteri tercinta Joane Lee.

Pada masa sama, taman itu memerlukan reka bentuk landskap yang kemas, ringkas dan berada di ruang privasi.

Dalam mempelbagaikan permintaan pelanggannya, Dream Garden Design turut menawarkan elemen hiasan lengkap untuk semua gaya penataan taman termasuk konsep Jepun, tropika dan taman batu.

Reka bentuk kolam air berpancuran pula didatangkan dengan material berkualiti khususnya berasaskan kayu balau atau cengal, gentian atau gentian kaca.

Di ruang pameran itu juga anda berpeluang memilih pelbagai elemen kejur taman termasuk pergola, gazebo dan buaian kayu terpilih.

Justeru lapangkan waktu anda berkunjung ke Dream Garden Design di Lot 28A, Selangor Green Lane, Jalan Subang Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor.

Layari facebook Dream Garden Design untuk sebarang keterangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>