Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya

Ah..kad kahwin! Apa perasaan anda setiap kali menerima kad kahwin? Selalunya ada sesuatu yang istimewa setiap kali menerima kad kahwin kan…dalam hati pasti berkata “cantik kad dia” dan anda mula membayangkan majlis perkahwinannya juga pasti akan secantik dan seindah kad kahwin yang dihantar.

Kalau dulu kad kahwin dihantar hanya sebagai makluman bahawa bakal pengantin akan melangsungkan perkahwinan dan anda dijemput untuk memeriahkan majlis (dalam erti kata lain, jemputlah makan kenduri).

Sekarang ini, kad kahwin juga berevolusi. Ia punya tekstur, berat tertentu, bentuk huruf (font) yang cantik dan bermacam, kilauan tintanya dan pelbagai lagi. Ia lebih bersifat peribadi sebagai perlambangan diri bakal pengantin. Ada juga kad kahwin yang menjelaskan tema majlis perkahwinan yang bakal diadakan dan yang pasti antara tema yang menjadi pilihan ialah gaya VINTA J.

Dalam memilih tema vintaj, ada beberapa perkara yang boleh anda ambil kira untuk memastikan kad kahwin yang ditempah sepertimana yang diidamkan.

1. Warna - Pilihan warna menentukan mood kad dan keseluruhan tema majlis. Pilihan warna sering bergantung kepada era atau zaman mana yang anda pilih. Variasi warna bermula daripada warna yang kuat (vibrant) hingga ke warna yang lembut dan lusuh (mute).
2. Koordinasi - Anda perlu bijak dalam menggabungkan jenis kertas yang dipilih dengan dekorasi kad serta bentuk huruf. Gabungan yang harmoni mampu menyerlahkan penampilan kad mengikut zaman yang dipilih.
3. Sentuhan Peribadi & Buat Sendiri - Sekiranya anda mahu menambah sentuhan peribadi, anda boleh menambah monogram, logo dan menambah dekorasi kad dengan renda dan reben. Anda boleh mencetak kad dan gunakan kreativiti untuk menambah sentuhan peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>