Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Segenap ruang berfungsi

SEMESTINYA mencipta pengalaman dan privasi dari sudut yang berbeza.

LATAR MEMUKAU…idea penataan ruang lebih daripada fungsinya.

Antara sedikit gambaran kehebatan gaya dekorasi Serai Bukit Bandaraya biarpun keunikan sebenar lebih daripada itu dan sukar diungkapkan.

sebelum   selepas

  • FotoKEMAS TERSUSUN…binaan almari khas memperlihatkan ruang lebih sempurna.
  • FotoKEMASAN PRAKTIKAL…kabinet dapur dengan ruang makan gaya moden diketengahkan.
  • FotoLUAS…ruang balkoni untuk bersantai atau majlis keramaian.

Anda yang pertama kali mengunjungi ruang pameran projek berprestij di Bangsar, Kuala Lumpur itu pasti berpeluang merasai sendiri suasana mengagumkan itu.

Selayaknya digelar ‘banglo mewah di angkasa,’ Serai Bukit Bandaraya terdiri daripada dua menara kondominium 21 tingkat yang menyediakan 121 unit kediaman peribadi serba eksklusif.

 
Dimajukan Bandar Raya Developments Bhd (BRDB), ia adalah pembangunan hartanah antara paling mewah dengan privasi luar biasa kepada pemilik atau penghuninya.

“Ia adalah pembangunan paling berprestij kami.

“Setiap ruang menawarkan kesempurnaan lebih daripada fungsi semata-mata.

“Daripada karakter warna, perabot hingga elemen hiasan semuanya mempu?nyai alasan tersendiri,” kata Ketua Pegawai Eksekutif?nya, Datuk Jagan Sabapathy pada majlis pelancaran Serai Bukit Bandaraya, baru-baru ini.

Berada di dalamnya benar-benar membawa anda ‘meneroka’ kelainan penataannya ditambah dengan ruang sedia ada yang luas.

Dekorasi moden dan kontemporari yang diserlahkan membuatkan setiap ruang tampil dengan pelbagai fungsi.

Lebih membanggakan, idea hiasan dalaman yang eksklusif turut diketengahkan menerusi latar siling tinggi dan ruang selesa.

Diserikan pula dengan kemasan dan peralatan dalaman daripada jenama import terkemuka seperti Poliform, Gaggenau serta Bosch.

“Ruang sedia ada yang luas diberi sentuhan berkonsepkan moden dan kontemporari dalam memenuhi cita rasa serta gaya hidup kebanyakan masyarakat negara ini.

“Ruang tamu umpama?nya bukan sekadar untuk meraikan tetamu malah lebih selesa dan praktikal sebagai lokasi santai penuh privasi,” katanya.

Melewati ruang makan, kehadiran lampu hiasan dengan rekaan mewah menyerlahkan fungsinya sebagai tempat menjamu selera paling privasi.

Apabila berada di ruang dapur, rekaan khas kabinet dapur menarik perhatian kerana tampil dengan gaya hiasan terkini, praktikal dan mesra pengguna.

Material berkualiti dengan kehebatan kemasan yang menampakkan karakter tersendiri membuatkan suasana di ruang berkenaan lebih terancang.

Seterusnya garapan dekorasi turut menyem?purnakan bilik tidur dengan idea terbaik hingga membuai rasa dan memanfaatkan waktu rehat anda.

Mengadap pula ruang balkoni yang cukup luas dan tampil bersahaja de?ngan reka letak kerusi santai serta elemen hiasan unik.

Tidak terhenti di situ kerana berada di segenap ruang mana sekali pun panorama indah ‘dari angkasa’ bagaikan saujana mata memandang.

“Kemewahan ditawarkan itu dipertingkatkan lagi dengan landskap menarik, panorama hebat berlatar belakangkan langit Kuala Lumpur selain pasukan perkhidmatan concierge, keselamatan dan pengurusan bangunan,” katanya.

Malah latar landskap hebat dan santai di bahagian luarnya dengan penataan ‘Generalife Gardens’ diinspirasikan dari Sepanyol.

Panorama landskapnya juga mencuri perhatian anda apabila segala pembangunan sekitar Bangsar dan Kuala Lumpur dapat dilihat terus dari kondominium itu.

“Direka menyerupai bang?lo mewah, kondominium itu menawarkan keluasan lantai dari 4,000 kaki persegi bagi unit biasa hingga 14,000 kaki persegi untuk unit Penthouse dua tingkat, katanya.

Katanya, harga ditawarkan bermula daripada RM5.8 juta bagi unit biasa dan di antara RM19 juta hingga RM22 juta bagi Penthouse.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>