Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone
DIGELAR ratu fabrik, songket merupakan fabrik yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Keindahan hasil kerja seni tenunan ini menjadikan songket pilihan utama untuk busana pengantin.
Maka tidak hairanlah ramai pereka fesyen pengantin masih menghasilkan busana pengantin daripada songket.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Seri Jemari Songket (SJS) masih mengekalkan songket tenun Terengganu sebagai fabrik utama untuk koleksi pengantin 2013.
Bagi SJS, sesuatu yang mewah dan elegan tidak semestinya tampil keterlaluan. Setiap rekaan perlu menampilkan sentuhan anggun, indah dan eksklusif lebih-lebih lagi digayakan pada hari perkahwinan.
KualitiEmpat rekaan yang ditampilkan mengetengahkan keselesaan, perincian dan kualiti ratu sehari.
Ilham untuk koleksi songket kali ini hadir dengan perincian dan potongan yang lebih moden.
Keindahan songket itu sendiri sudah cukup membuatkan busana tersebut indah tanpa memerlukan perincian manik.
Uniknya, tenunan songket ini merupakan kerja seni menggunakan tangan yang menghasilkan jahitan serta sulaman teliti dan kemas.
Ia secara tidak langsung menambah gaya mewah pada busana.
Pengaruh pakaian tradisional masih kuat dalam koleksi ini melalui potongan baju kurung dan kebaya.
Apa pun ratu sehari tampak lebih moden dan anggun dengan kesan modifikasi pada potongan tersebut.