Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Reben Pelengkap Aksesori Hantaran

Sesetengah gubahan hantaran sedikit kosong tanpa kehadiran hiasan aksesori reben sebagai pelengkap gubahan hantaran. Bagaikan sumpahan seri, penambahan aksesori reben ini mampu mengubah dekorasi tampak lebih cantik dan menarik. Kepelbagaian jenis dan material reben ini juga harus dititikberatkan bagi menambahkan seri dan gaya sesuai mengikut tema yang diingini. Begitu juga warna-warna pilihan, biarlah sedondon dan senada dengan warna tema pilihan agar kena bila digayakan.

Info :
? Material reben jenis satin kosong sesuai digayakan dalam apa jua jenis dan rekaan hantaran namun untuk hantaran jenis mewah yang eksklusif, elakkan menggunakan reben berwarna-warni. Cukup dengan warna perak dan emas yang dipilih saja bagi mengekalkan tema pilihan.
? Reben jenis baldu sesuai digunakan jika anda memilih gaya jenis vintaj mahupun Inggeris. Tetapi pilihlah warna yang lembut untuk mudah kena dengan rona yang ada pada gubahan.
? Selalunya reben bercorak tidak terlalu cantik digunakan dalam gubahan hantaran. Mungkin keadaannya yang sarat dengan corak menampakkan kehadirannya mengganggu mata. Namun, jika anda pandai menyusun atur reben tersebut, gubahan pas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>