Widgetized Section

Go to Admin » Appearance » Widgets » and move Gabfire Widget: Social into that MastheadOverlay zone

Idea Bajet Perkahwinan RM8,000 – RM10,000

Semuanya ditangan anda! Daripada pakej yang murah, sederhana ataupun mahal. Tepuk dada tanya kehendak hati. Bajet dalam persediaan lengkap untuk majlis perkahwinan adalah perkara utama yang pastinya tidak mungkin akan diambil mudah bagi bakal pengantin yang berpendapatan rendah atau merancang untuk berjimat-cermat dalam hal tersebut. Berapakah harga pakej yang paling rendah dan sederhana mengikut keperluan bakal pengantin? Seribu satu persoalan yang bakal bermain di fikiran untuk merealisasikan impian majlis yang bakal berlangsung kelak.

Menyingkap secara terperinci perkhidmatan daripada pihak yang bertanggungjawab pastinya memberi panduan untuk anda merancang sesuatu yang lebih bijak. Perunding perkahwinan atau butik andaman adalah individu yang bertanggungjawab merealisasikan perkhidmatan impian bajet bakal pengantin. Namun begitu, bukan mudah untuk memberi kepuasan atas peruntukan seseorang itu. Bercerita dengan terperinci mengenai pakej di bawah bajet RM10,000 yang tersedia lengkap perkhidmatan katering, pelamin, hantaran dan juga busana mempelai sedikit sebanyak membuka mata kepada bakal pengantin untuk menetapkan majlis mereka. Ketentuan konsep dan tema majlis ditentukan oleh bakal pengantin. Justeru atas perbincangan yang bijak, ia boleh dijalankan dengan sempurna oleh kesemua pihak yang terlibat.

Pelbagai keistimewaan yang diberi kepada bakal pengantin yang dilengkapkan dalam bajet yang agak rendah ini. Penempahan busana juga boleh dipilih sama ada tempah baru atau menyewa busana yang tersedia ada. Ada juga perancang perkahwinan menyediakan pakej bonus seperti rawatan spa dan percutian bulan madu.

Busana potongan dres, tradisional dan moden tersedia dengan aksesori lengkap dan rekaan fesyen pilihan. Koleksi busana boleh dipilih mengikut kesesuaian pakej. Sewaan busana bermula daripada RM1500 untuk persalinan lengkap lelaki dan perempuan.

One Response to Idea Bajet Perkahwinan RM8,000 – RM10,000

  1. sara Reply

    October 4, 2012 at 9:54 pm

    saye suke nak tau macam mane nak dapatkan pakej perkahwinan bajet nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>